Pelajar perubatan Malaysia terbunuh dalam kemalangan di Chennai
CHENNAI: Seorang pelajar perubatan tahun tiga dari Malaysia, Fatimatussolihah Aziz dan dua rakannya warga India terbunuh apabila kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah bas ketika sedang dalam perjalanan pulang ke rumah sewa mereka petang semalam.
Pemandu kereta yang hanya dikenali sebagai Dr Sabree dan seorang lagi warga India, R Sree Kumaran, meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi pelajar warga India, Dr Mohseen, cedera parah dalam kemalangan itu.
Fatimatussolihah, 22, yang berasal dari Kuala Terengganu, sedang mengikuti pengajian di Vinyaka Mission Dental College di Salem, kira-kira 400km dari Chennai.
Kemalangan itu berlaku apabila pelajar terbabit dalam perjalanan pulang ke rumah sewa mereka yang terletak kira-kira 20 kilometer dari kolej itu, apabila sebuah bas penumpang tiba-tiba merempuh bahagian belakang kenderaan mereka, di sebatang jalan yang sedang dalam pembinaan.
Kereta Suzuki Maruti yang mereka naiki remuk akibat kemalangan itu.
"Pelajar Malaysia itu meninggal dunia di tempat kejadian. Pejabat Konsul Besar di Chennai sedang membuat persiapan untuk membawa pulang mayat pelajar berkenaan ke Malaysia hari ini," kata kaunselor pendidikan Malaysia, Khairudin Abdullah hari ini.
Mayat itu dibawa ke Bangalore, iaitu lapangan terbang yang paling hampir, dan akan diterbangkan ke Malaysia lewat malam ini. - Bernama
erm..
arwah ni satu sekolah dgn aku time kt matjiwa.
terkejut gak ms mula2 aku dpt berita ni
sapa2 yang baca blog aku ni sama2 la kita sedekahkan ALFATIHAH kepada arwah
harap arwah ditempatkan disisi orang-orang yang beriman